Kuala Lumpur, 7 Mei 2023 - Mencari kebebasan hidup, kurang mendapat perhatian dan perselisihan dalam keluarga dikenal pasti sebagai punca utama yang membawa kepada anak-anak atau remaja melarikan diri dari rumah.
Berdasarkan data dan siasatan Polis Diraja Malaysia, golongan berkenaan juga didapati meninggalkan rumah kerana terpengaruh dengan rakan, tidak minat untuk belajar, selain ada yang bertindak atas ajakan
kekasih.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11)
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan yang mengupas lanjut mengenai gejala sosial itu.
Turut dijelaskan hukuman terhadap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dilaporkan hilang mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan kerana penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.