Menu

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: KPN HARGAI KENYATAAN POLIS THAILAND BERHUBUNG KEMASUKAN SYABU, PIL YABA KE MALAYSIA

Putrajaya, 7 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia menghargai tindakan pihak berkuasa Thailand berhubung kenyataan bahawa Syabu dan pil Yaba adalah antara jenis dadah yang paling banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.

“Ini satu perkembangan yang menarik dan saya mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat.

“Ini menunjukkan bahawa pihak mereka menyedari dan menghargai masalah yang sedang berlaku iaitu kebanjiran pil-pil Yaba dadah sintetik ini dari kawasan Segi Tiga di utara itu, datang ke Malaysia melalui jalan darat yang menyebabkan Malaysia menjadi hab kepada pasaran luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Kejohanan Menembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata perkembangan tersebut dapat mengeratkan perhubungan dua hala antara kedua-dua negara, selain dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Filipina menerusi perkongsian maklumat dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS