Peristiwa yang berlaku dalam kes kumpulan Al-Maunah boleh dijadikan sebagai satu iktibar oleh semua pihak.
Dalam peristiwa itu, bekas Timbalan Ketua Polis Pahang, pesara DCP Dato’ Hj. Abdul Razak Hj. Mohd Yusoff merupakan individu penting dalam menangani ancaman kumpulan tersebut.
Beliau dengan penuh keyakinan mengadakan perbincangan seorang diri bersama ketua kumpulan Al-Maunah yang akhirnya mendorong mereka menyerahkan diri.
“Apabila orang bertanya sebab saya mengambil tindakan sedemikian, saya hanya boleh menjawab, Tuhan telah meletakkan saya di tempat dan masa yang betul," katanya yang juga merupakan bekas Komander 69 Komando.
Ikuti kupasan lanjut oleh pesara DCP Dato’ Hj. Abdul Razak mengenai pengalaman beliau dalam menangani ancaman kumpulan Al-Maunah menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo.