Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PROGRAM COMMUNITY POLICING BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mengadakan Program Community Policing bersama masyarakat Orang Asli suku kaum Mendriq dan Bateq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Program itu bertujuan memperkasa pendekatan mewujudkan rasa selamat dan kesedaran jenayah dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

Antara aktiviti yang dilakukan penyampaian sumbangan kepada 110 Ketua Isi Rumah Orang Asli, pertandingan nyanyian, pemberian duit raya dan jamuan makan.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS