Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: PEMANDU ‘ZIG-ZAG’ DITAHAN POLIS

Batu Pahat, 9 Mei 2023 - Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan berbahaya termasuk membuat aksi ‘zig-zag' di Kilometer 20, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat Parit Raja hingga tular di media sosial mengundang padah apabila ditahan polis malam kelmarin.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilihat membuat aksi itu ketika keadaan jalan raya agak sibuk namun berjaya dirakam pengguna jalan raya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, pihaknya berjaya mengesan satu video dimuat naik dalam Facebook memaparkan aksi lelaki itu mcmandu Proton Wira merah dalam keadaan berbahaya pada jam 8.45 malam.
Menurutnya, susulan penularan video itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat bertindak bertindak mengesan lelaki berkenaan.
“Bertindak atas maklumat diperoleh, suspek ditahan di sebuah rumah, Taman Pura Kencana Sri Gading, pada jam 1.00 pagi.
“Polis turut merampas kereta dipercayai digunakan ketika melakukan aksi itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS