Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2023 TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

Putrajaya, 9 Mei 2023 - Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level 111 menerima pengiktirafan 'peserta paling ramai dalam kejohanan menembak' daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong semasa Majlis Apresiasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 di sini, ahad lalu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Kejohanan itu yang berlangsung selama selama tujuh hari bermula 1 Mei lalu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS