Menu

KPN SEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT DAN SAKSI SERAH TERIMA TUGAS KP PAHANG YANG BAHARU

 
Kuantan, 10 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Pahang di Dewan Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, pagi tadi.

Dalam majlis yang berlangsung, Tan Sri Acryl Sani telah menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada KP Pahang yang baharu, CP Dato' Yahaya Othman yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Seusai itu, berlangsung pula acara serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa KP Pahang di antara CP Dato' Yahaya Othman dan CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil berkuat kuasa pada 15 Mei 2023.

Dalam majlis sama, turut berlangsung serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Pahang di antara suri Dato' Sri Ramli, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden dengan suri kepada Dato' Yahaya, Datin Sumarnie Haris dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa
Hadir sama, Pemangku Timbalan KP Pahang merangkap Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang, SAC Noor Hisam Nordin dan isteri merangkap Pemangku Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang serta Ketua Biro Industri Kecil, Puan Noormawati Abdul Latip, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Dato' Hasan Basri Ahmad Safar dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Briged Tenggara PGA, Datin Sharipah Ali, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Dato' Mohd Yusri Othman dan isteri, Datin Manisah Anuar, Ketua Cawangan Khas Pahang, SAC Mohammad Shaharul Md Osman dan isteri, Puan Kamzilah Mohd Basir, barisan Ketua Jabatan dan Formasi Kontinjen Pahang, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan, barisan Ketua Polis Daerah dan wakil-wakil media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of ‎6 people, dais and ‎text that says '‎NGERUSI crah PAHANG KONTINJEN PAHANG SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI 10 (RABU) PENYERAH كம SAKSI PENERIMA‎'‎‎

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people and text that says 'POLIS DAN ASYARAKAT, BERPIS AH TIADA'

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'ACRYLSANI'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS