Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: IBU BAPA DIPANGGIL BANTU SIASATAN

Langkawi, 11 Mei 2023 – Polis sudah merakam keterangan ibu bapa kanak-kanak enam tahun yang memandu kereta milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di sini, calamari.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu dan adiknya berusia tiga tahun yang turut mengikut abangnya, dipanggil membantu siasatan kes berkenaan.

“Pasangan berkenaan selesai menjalani proses rakaman percakapan oleh pegawai penyiasat tengah hari tadi (semalam).

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pula mengambil keterangan mereka," katanya semalam.

ACP Shariman berkata, bapa kanak-kanak itu berusia 28 tahun dan bekerja sebagai peniaga kedai runcit, manakala ibunya suri rumah berusia 22 tahun.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, car and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS