Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MALAYSIA CATAT PENCAPAIAN TERBAIK TANGANI KEGANASAN

Putrajaya, 12 Mei 2023 - Malaysia merekodkan pencapaian terbaik dalam mendepani aktiviti keganasan apabila berada di kedudukan ke-75 menerusi Indeks Keganasan Global (GTI) tahun lalu, berbanding ke-68 pada 2021.

GTI adalah penarafan automatik bagi negara dunia berdasarkan aktiviti pengganas. Kedudukan yang tinggi menunjukkan negara terbabit adalah lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhan, trend aktiviti keganasan di Malaysia mencatatkan penurunan dengan hanya dua kes penahanan tahun lalu, berbanding tujuh pada 2021.

“Daripada perangkaan, memperlihatkan bahawa tahap keganasan dan penangkapan dilakukan, tertinggi pada 2016, di mana terdapat 126 mereka yang disyaki pengganas ditahan.

“la menurun kepada 107 pada 2017 kerana beberapa tindakan pencegahan dan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia serta beberapa langkah yang diambil Majlis Keselamatan Negara," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS