Menu

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUSPEK CURI BEG DI MASJID MUHAMMADI AKHIRNYA DICEKUP

Kota Bharu, 12 Mei 2023 - Kelicikan seorang lelaki yang menjadi buruan selepas dipercayai mencuri beg silang milik seorang jemaah di Masjid Muhammadi di sini, dua minggu lalu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan di Kampung Sungai Keladi di sini kelmarin.

Suspek berusia 39 tahun itu dicekup kira-kira pukul 3 petang selepas menyamun seorang lagi mangsa yang juga pesara kerajaan ketika lelaki itu sedang memancing di Sungai Budor, Kampung Sungai Keladi di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, warga emas yang berusia 68 tahun itu memancing seorang diri di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Menurutnya, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa dan menekan kepala warga emas itu sehingga menyebabkan dia terjatuh dalam keadaan tertiarap.

“Lelaki itu kemudiannya bertindak mengambil barangan milik mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki warga emas itu.

"Selepas sejam menerima laporan daripada mangsa, sepasukan anggota Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu akhirnya berjaya menahan suspek ketika bersembunyi di kawasan semak bersama kereta mangsa di Kampung Sungai Keladi kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

ACP Mohd. Rosdi memberitahu, lelaki itu merupakan suspek yang dikehendaki polis kerana mencuri beg seorang jemaah lelaki yang sedang menunai solat di Masjid Muhammadi di sini pada 26 April lalu.

Sumber: Kosmo Online
May be an image of 1 person and text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS