Sepang, 15 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini meraikan Majlis Hari Raya
Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI bersama kepimpinan tertinggi jabatan dan agensi KDN, di sini, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di Malaysia Agro
Exposition Park Serdang (MAEPS) itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim bersama isteri Datin Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismaill diiringi Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Majlis anjuran KDN tersebut memberi peluang kepada lebih 5,000 pengunjung meraikan sambutan Aidilfitri di samping dapat merapatkan lagi ukhwah sesama warga jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin, Pengarah
Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yusoof, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid serta DCP Gerakan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin