Menu

ARTIKEL PILIHAN: LEBIH RM98 JUTA PERUNTUKAN TAMBAHAN NAIK TARAF KUARTERS POLIS - KDN

Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM98.715 juta untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan kuarters daif pasukan berkenaan di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.

Beliau berkata peruntukan berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan RM200 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk pembaikan kuarters anggota penguat kuasa dan unit beruniform di bawah KDN.

“Daripada RM98.715 juta itu, polis Sabah akan menerima RM32.215 juta dan selebihnya dibahagikan kepada Sarawak dan Semenanjung.

“Pembaikan ini membabitkan kuarters polis yang daif termasuklah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Daerah (IPD), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya berucap merasmikan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Balai Polis Inanam, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2189429

Sumber: BERNAMA

LEBIH RM98 JUTA PERUNTUKAN TAMBAHAN NAIK TARAF KUARTERS POLIS - KDN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS