Serdang, 16 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada ibu bapa atau penjaga yang bersifat cuai serta lalai terhadap anak-anak yang berada di bawah jagaan dan tanggungjawab masing-masing.
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, menjadi satu kesalahan buat ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak.
Beliau berkata, ibu bapa serta penjaga perlu memastikan tahap keselamatan anak-anak terjamin dengan mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan atau gangguan mental.
“Ibu bapa atau penjaga yang cuai serta mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, ia merupakan satu perbuatan jenayah.
“la termasuk tindakan cuai membiarkan anak-anak berada bersendirian di dalam kenderaan kerana boleh mengundang bahaya dan keselamatan nyawa.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001 kerana bertindak cuai," katanya pada Isnin.
Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein mengenai isu cuai dan pengabaian kanak-kanak yang merujuk kepada satu hantaran tular baru-baru ini menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.