Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TUMPAS SINDIKET JUDI ONLINE RAIH RM100,000 SEHARI, RM3 JUTA SEBULAN

Georgetown, 17 Mei 2023 - Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu tiga lokasi berasingan di Bayan Baru, Butterworth dan Perai, dekat sini pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata, polis turut menahan tujuh individu warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lalu, empat lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah kondominium di Bayan Baru yang dijadikan “calling centre” sindiket terbabit.

“Di premis ini, polis merampas peralatan-peralatan antaranya komputer yang disyaki digunakan untuk operasi sindiket ini.

“Susulan tangkapan suspek terbabit, polis menyerbu sebuah lagi premis berhampiran kondominium itu pada Sabtu, namun premis itu tidak berpenghuni,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini semalam.

“Menerusi siasatan, kita dapati sindiket judi "online" ini telah beroperasi kira-kira sebulan lalu dan mampu menjana pendapatan RM100,000 sehari dan boleh mencecah RM3 juta sebulan.

“Suspek yang ditahan bertindak sebagai operator “calling centre” dan sindiket ini menggunakan aplikasi Telegram, WeChat dan WhatsApp untuk mempromosi pelbagai permainan judi online menggunakan telefon.

"Semua suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tambahnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text that says ''Sindiket judi online raih RM100,000 sehari, RM3 juta sebulan' GEORGE TOWN Polis menum- antaranya mampu menjana pendapa disyaki diguna- RM100.000 sehari boleh menyerbu pada namun KOK CHIN (tengah) bersama barangan judi Pulau semalam. Polis Telegram WeCh dirampas daripada sindiket terworth suspek ingcentre call- 4(1) indiket polis merampas pati siasatan, sebulan lalu tunai motosikal.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS