Menu

ARTIKEL PILIHAN: BUKIT AMAN TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI KES '3R'

Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas 3R khusus untuk menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.
Penubuhan pasukan khas di bawah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu atas inisiatif Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Tan Sri Acryl Sani berkata, pasukan khas itu diarah menjalankan setiap siasatan berhubung kes 3R yang merujuk "race" (bangsa), "religion" (agama) dan "royalty" (institusi diraja) dalam kadar segera, sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.
"Setiap kes disiasat hendaklah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh siasatan dibuka.

"Siasatan kes oleh pasukan khas ini meliputi Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948, iaitu bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan kepada mana-mana Raja dan Seksyen 3(1)(e) Akta Hasutan 1948 iaitu mengembang perasaan niat jahat atau permusuhan antara kaum dan Seksyen 4(1) akta yang sama," katanya pada Majlis Minum Petang bersama Pengamal Media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-tubuh-pasukan...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS