Menu

ARTIKEL PILIHAN: KEHADIRAN MPV, URB TINGKAT KEYAKINAN MASYARAKAT - KPN

Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Kehadiran elemen rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan kediaman, komersil dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda, termasuk pada musim perayaan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' mengangkat betapa pentingnya kuasa jalinan antara polis dan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah ke arah mewujudkan persekitaran selamat di negara ini.

"Justeru, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan penglibatan dengan semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkonsepkan kepolisan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kehadiran-mpv-urb-tingkat...

Sumber: Harian Metro

Kehadiran MPV, URB tingkat keyakinan masyarakat-KPN | Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS