Walau apa jua keadaan sekalipun, Polis Diraja Malaysia cuba memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Syabas buat sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Serdang iaitu Koperal Ahmad Syafiq Othman dan Konstabel Muhammad Aikal Naim Ismail kerana mengambil inisiatif untuk mengalihkan pokok tumbang akibat ribut di Jalan Dagang, Sungai Besi Indah, Serdang, Selangor bagi memastikan aliran trafik pulih seperti sedia kala serta berjalan lancar, malam tadi.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#20052023
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/772396774443672/