Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'REMAJA RM1.89 JUTA' DITAHAN BERSAMA SYABU SEBERAT 52.516KG

Kuching, 20 Mei 2023 - Seorang remaja lelaki yang baharu berusia 18 tahun ditahan polis bersama 52.516 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai RM1.89 juta dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Batu Kawa di sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, berdasarkan maklumat awal didapati remaja yang ditahan ketika serbuan jam 1.30 pagi itu menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak bulan lalu.

Menurutnya, bekalan dadah berkenaan pula dikatakan diperoleh remaja terbabit daripada sindiket dadah di Semenanjung dengan dibawa masuk ke Sarawak dalam bungkusan teh Cina menerusi khidmat kurier bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Katanya, ia adalah rampasan dadah terbesar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak pada tahun ini.

“Suspek kini direman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952." katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'PDR MOHD Azman menunjukkan svabu yang dirampas Sarawak. semalam. Oleh Roji Kawi Kuching eorang remaja lelaki tahun bersama polis bernilai erbuan di sebuah kondominium di Batu Kawa ketika sidang media di PK REMAJA RM1.89 JUTA' Ditahan bersama syabu seberat 52.516 kilogram babit daripada sindiket da- Sarawak pada tahun Hadir sama, Ketua JSJN Asisten Kamal kondomi- au sini, Polis Sara- Datuk Mohd Azman bungkusan kesan mengedar dullah. Ber- Beliau erkata demikian ketika Menurutnya, bekalan dika- takan diperoleh remaja ter- siasatan satan Jena- dah diedarkan Bekalan Polis ik (JSJN) untuk sekitar dan Sarawak dalam bungkusan teh Cina rawak malam. bernilai RM40,000,'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS