Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES ‘PANGGILAN PUAKA’ DI JOHOR NAIK TUJUH KALI GANDA

Johor Bahru, 23 Mei 2023 -Jenayah siber membabitkan kes wang berkurangan dari akaun bank di Johor meningkat tujuh kali ganda setakat kelmarin iaitu 173 kes berbanding 26 kes tahun lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, ia membabitkan jumlah kerugian yang tinggi iaitu RM4.5 juta berbanding RM500,000 dalam tempoh sama.

Katanya, siasatan mendapati kes wang berkurangan dari akaun bank disebabkan dua faktor utama.

“Faktor pertama atau modus operandi yang digunakan ialah mangsa menerima panggilan dari suspek yang mengaku sebagai penguat kuasa atau pihak tertentu yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan akaun bank mereka akan dibekukan.

“Suspek kemudian menawarkan membantu mangsa dan meminta mangsa memberikan atau mendedahkan maklumat perbankan yang penting seperti nombor akaun bank, kod pengesahan kad (CVC) atau nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna dan kata laluan serta nombor laluan sahaja (OTP),”katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of 1 person and text that says 'KES PANGGILAN PUAKA' DI JOHOR Naik tujuh kali ganda Omar Ahmad yang am@hmetro.com.my Johor Ka siber membabit akann berbanding membabitkan tinggi juta RM4.5 tempoh dan laluan kan perkhid- ankanat mat,' katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS