Demi mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya, Koperal Nazir Mohammad Lipas dan Konstabel Harold Darren Edie Yong dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pantas membantu menolak kenderaan yang rosak ke tempat yang selamat berdekatan Bulatan Merdeka.
Kenderaan tersebut dikesan mengalami kerosakan dan menghalang lalu lintas ketika anggota terbabit melakukan rondaan di sekitar ibu kota, semalam.
Sumber:
JSPT KL
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02bVmtdLAHLvpG1EvebrCXkTNTBZwfhNJi78copVhsXCh6aMnddpHd8eZvZ9XXESsVl
