Kuala Lumpur, 31 Mei 2023 - Sekali pandang kedai ini dilihat hanya menjual akar kayu untuk perubatan tradisional. Namun pemeriksaan lanjut mendapati ia dijadikan pusat penyimpanan pelbagai barangan hidupan liar dilindungi secara haram.
Premis terletak di Chow Kit di sini, dikesan pihak berkuasa turut menawarkan kulit, kuku dan gigi harimau untuk dijadikan ‘Tangkal'
pendinding.
Kegiatan jenayah menjual bahagian-bahagian haiwan liar itu dibongkar hasil risikan dan serbuan bersama dilakukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (
PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan sepasukan anggota dan pegawai polis Bukit Aman menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).
Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan dilakukan jam 3 petang semalam turut dibantu 10 anggota dan pegawai polis.