Menu

[ISU TULAR] ARTIKEL PILIHAN: IBU TIDAK BAYAR HUTANG PUNCA KERETA ANAK DILARIKAN

Butterworth, 2 Jun 2023 - Gara-gara ibu gagal melunaskan wang pinjaman, kereta milik anak lelakinya dirampas tiga lelaki dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, di sini pagi kelmarin.

Video kejadian kereta itu dirampas berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan seorang pemandu Perodua Axia ditarik keluar dua lelaki sebelum kenderaannya dilarikan di persimpangan lampu isyarat terbabit yang berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd. Asri Shafie berkata, susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan ketiga-tiga lelaki tempatan yang berusia lingkungan 27 sehingga 49 tahun semalam.

Katanya, suspek ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta dekat sini.

“Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa yang berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../ibu-tidak-bayar-hutang.../

May be an image of 1 person, car and road
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS