Menu

[ISU TULAR] KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUDAK PANDU KERETA BAWA IBU TANPA LESEN DITAHAN

Bukit Mertajam, 2 Jun 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen sambil membawa ibu dan rakannya bersiar-siar membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.

Remaja berusia 13 tahun itu ditahan selepas video tindakannya yang dikatakan berlaku di Jalan Rozhan, dekat Machang Bubuk, di sini, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San, mengesahkan remaja itu ditahan di hadapan Flat Taman Machang Bubuk selepas kedudukannya berjaya dijejaki susulan video yang tular itu.

Mengulas lanjut, katanya, polis mengesan satu video berdurasi 32 saat yang tular memaparkan kejadian di mana orang awam menahan sebuah kereta dipandu remaja berkenaan jam 3 petang kelmarin.

“Remaja itu memandu kereta sejauh kira-kira empat kilometer sebelum gelagatnya dilihat orang awam yang melalui jalan itu. Orang awam kemudian menahan remaja terbabit sebelum menyebarkan video berhubung tindakan remaja berkenaan di media sosial.

ACP Tan Cheng San berkata, susulan kejadian itu polis mengeluarkan tiga saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk kerana tiada lesen memandu dan memandu di bawah umur.

Katanya, ibu remaja terbabit yang juga pemilik kereta disaman di bawah Seksyen 39(5) kerana membenarkan individu bawah umur memandu kenderaan berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people, slow loris and text that says 'Budak pandu kereta bawa ibu tanpa lesen ditahan Mertajam: Tindakan kejadian orang umur sebuah memandu tanpa lesen berkenaar membawa apabila ditahan berusia elepas video berlakud dekat tular memandu empat kilome- dilihat jalan media pemilik kereta disaman bawa Daerah Asisten remaja berkenaan individu Taman Machang dijejaki susulan video yangtular memandu hari Tindakan seorang remaja 'Selain remaja terbabit, bawah lanjut, katanya, mengesan durasi yang tular mema padah apabila ditahan polis. berusia memandu kereta tanpa kenyataan. bit ketika kejadian, katanya dihentikan ioleh bawah ngangkutan Jalan susulan jadian itu polis mengeluarkan luar Katanya, ibu remaja terba- ma duk penumpang'
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS