Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 478 INDIVIDU DITAHAN, 154 SINDIKET DADAH TUMPAS

Kuala Lumpur, 4 Jun 2023 - Seramai 478 individu membabitkan 154 sindiket dadah berjaya ditumpaskan menerusi pelbagai siri serbuan di seluruh negara pada tahun ini dalam tempoh lima bulan setakat Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam operasi itu, polis membongkar tujuh makmal dadah haram serta tangkapan lima ahli kimia.

Menurutnya, bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di negara ini, pelbagai aset sindiket dadah bernilai RM44 juta telah disita.

"Sebanyak RM3.9 juta nilai harta hasil aktiviti dadah turut dilucut hak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sepanjang tempoh lima bulan itu juga, JSJN berjaya menangkap seramai 77,121 orang di bawah pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS