Pulau Pinang, 5 Jun 2023 - "Kita tidak akan tunduk kepada ancaman atau ugutan,” kata Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato' Khaw Kok Chin berhubung surat ugutan yang diterimanya dipercayai daripada sindiket along atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Selain tidak gentar dengan tindakan itu, Dato' Khaw berkata, polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang mengesan
suspek.
Katanya, ugutan dan ancaman seperti itu adalah perkara lumrah dan sentiasa dihadapi polis dalam melaksanakan tugas membanteras kegiatan dan aktiviti haram oleh mana-mana pihak ataupun sindiket haram.
“Sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, saya dan seluruh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang tidak akan kompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram.
"Kita juga tidak akan tunduk kepada mana-mana ancaman atau ugutan. Sebaliknya akan terus mengambi) tindakan yang tegas terhadap mereka yang mengugut, mengancam saya atau
PDRM Pulau Pinang,” katanya, kelmarin.