Ipoh, 6 Jun 2023 - Sepasang suami isteri antara tiga individu yang ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Manjung dan Kampar pada Ahad.
Ketua
Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dalam kenyataan pada Isnin berkata, pasangan berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai aktif membungkus dadah untuk diedarkan di negeri ini sejak awal tahun ini.
Menurut beliau, polis merampas Heroin dianggarkan seberat 7kg dan 3kg ganja bernilai RM64,570 bersama peralatan yang digunakan untuk membungkus dadah.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.