Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 107 RAKYAT MALAYSIA MASIH TERKANDAS

Kuala Lumpur, 7 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan seramai 107 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan dilaporkan masih terkandas di negara luar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, pihaknya menerima 238 laporan membabitkan 356 mangsa yang dieksploitasi bekerja di negara jiran.

Menurutnya, siasatan mendapati mereka ini terkandas di beberapa negara antaranya Kemboja, Myanmar dan Laos.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 249 mangsa diselamatkan dan masih ada 107 mangsa terkandas di sana (negara jiran).

“Setakat ini bahagian D3 yang mengetuai “Task Force” di peringkat PDRM dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) berjaya melaksanakan beberapa operasi termasuk serbuan di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor dan Perak" katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS