Georgetown, 7 Jun 2023 - Polis Pulau Pinang menahan 13 individu bagi membantu siasatan Ketua Polis (KP)
Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin menerima surat berunsur ugutan daripada sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along baru-baru ini.
Dato’ Kok Chin berkata, semua suspek ditahan di sekitar Pulau Pinang dan Perak setakat kelmarin, menerusi operasi besar-besaran yang
dilancarkan.
“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya dalam kenyataan media semalam.