Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM PESARA SAC ZULKIFLI ABDUL AZIZ

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga pesara SAC Zulkifli Abdul Aziz yang telah meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak kelmarin.

Jawatan terakhir Allahyarham adalah sebagai Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan beliau pernah terlibat dalam misi risikan semasa Op Daulat di Lahad Datu, Sabah sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 2014.

Didoakan agar roh Allahyarham SAC Zulkifli dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS