Kota Bharu, 9 Jun 2023 - Apa sudah jadi apabila lima sekeluarga ditahan polis selepas didapati menjadi pengedar dadah utama di daerah ini.
Penahanan membabitkan pasangan suami isteri, ibu mentua dan dua kanak-kanak lelaki yang juga anak saudara kepada pasangan itu.
Ketua
Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, penahanan suspek membawa penemuan 952 biji pil kuda bernilai RM 10,472 bersama sepucuk pistol dan 11 butir peluru di kediaman suspek di Kampung Takang di Tawang, Bachok, 30 Mei lalu.
Katanya, kesemua yang ditahan berusia 11 hingga 54 tahun dan hasil siasatan juga mendapati dua daripada suspek iaitu isteri serta ibu mentua adalah warganegara Thailand.
“Selain itu, turut dirampas sebuah kereta Proton Wira bernilai RM6,500 dan barang kemas berharga RM4,300.
“Manakala, hasil ujian saringan air kencing mendapati, salah seorang suspek lelaki berusia 24 tahun positif dadah manakala yang lain didapati negatif. Kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Tiga suspek membabitkan pasangan suami isteri serta ibu mentua ditahan reman selama tujuh hari bermula 31 Mei,” katanya.
Dato' Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Perlucuthakan harta) 1988, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1971.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.