Jika
anda ada menerima mesej yang menyatakan barangan dibeli secara dalam talian menghadapi masalah penghantaran, beserta pautan meragukan, sila abai dan padamkan ia serta merta.
Itu antara helah yang digunakan oleh sindiket penipuan bagi memperdaya dan seterusnya menggodam akaun bank milik anda.
Sentiasa berwaspada dan lindungi diri daripada penipuan penghantaran bungkusan. Pastikan pesanan yang diterima adalah sah daripada penghantar sebelum berkongsi maklumat atau membuat sebarang pembayaran.
Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0MsDSinodyVGgXRLWeTCBYGEQJhgHcPTaFXP1uyyouiQtCgaZhYLMhyi37EDqkbGDl