Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: SUSPEK DERA BAYI MILIKI 13 REKOD JENAYAH

Kuala Lumpur, 10 Jun 2023 - Lelaki tempatan yang disyaki mendera bayi perempuan berusia setahun 11 bulan di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak di sini memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rekod berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.

“Ibu bayi itu merupakan seorang mualat berumur 18 tahun dan menetap dengan suspek selama dua bulan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, ibu bayi itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dato' Mohd Shuhaily berkata, bayi berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising.

"Hasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positit dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta direman tujuh hari bermula hari.ini (Jumaat) bagi membantu siasatan,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS