Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INDIVIDU MATI DALAM TAHANAN MENURUN

Kuala Lumpur, 14 Jun 2023 - Sejak Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) ditubuhkan Januari tahun lepas, jumlah kematian individu dalam tahanan polis yang direkodkan pada 2022 menurun sebanyak 48 peratus kepada 24 kes berbanding 46 kes bagi tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah berkata, daripada keseluruhan kematian yang disiasat tahun lepas, USJKT mendapati dua kes mempunyai unsur jenayah iaitu satu di Taiping, Perak sudah didakwa dan dalam proses perbicaraan manakala satu lagi di Kelantan dalam proses siasatan.

Beliau berkata selain itu, terdapat enam kes dirujuk kepada Mahkamah Koroner dan empat daripadanya dalam prosiding inkues manakala dua lagi belum ada arahan lanjut.
“USJKT juga akan membentang hasil laporan, siasatan serta perkembangan setiap kes kematian orang dalam tahanan polis kepada mesyuarat dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang diadakan tiga bulan sekali.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang bagi siasatan kes kematian individu dalam tahanan polis dan menambah baik pengurusan tahanan Polis Diraja Malaysia," katanya ketika memberi penerangan kepada Tan Hong Pin (PH-Bakri) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat kelmarin berhubung langkah Kementerian Dalam Negeri dalam menguruskan kes kematian dalam tahanan polis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS