Menurut Ketua Jurulatih PDRM Defenders, Sarjan Mohd Khalid Alias, sepanjang sembilan tahun beraksi dalam STL, jatuh bangun pasukan itu sudah menjadi lumrah untuk terus kekal bersaing. "Untuk pemilihan pemain kali ini, kita memilih pemain terbaik daripada Kejohanan Ketua Polis Negara yang diadakan setiap tahun. Dengan barisan pemain-pemain ini ia telah menyuntik semangat baharu untuk PDRM Defenders bersaing dalam STL Divisyen 1 kali ini," katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.