Seremban, 16 Jun 2023 - Lima remaja lelaki bawah umur yang dipercayai menjadi dalang perbuatan membaling batu dan kayu ke arah kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Senawang-Seremban, Isnin lalu berjaya ditahan polis.
Ketua
Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 7 petang pada Rabu.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk berseronok.
“Tiga remaja telah ditahan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi di Taman Seremban Jaya.
“Permohonan reman untuk siasatan lanjut akan dibuat terhadap mereka pada hari ini (Khamis)," katanya sambil berharap tiada lagi perbuatan tidak bertanggungjawab sebegitu di kawasan berkenaan.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.