Menu

POSTING PILIHAN: CP DATO' NERITA YAACOB HADIR MESYUARAT JKKL ATM-PDRM 2023

Kuala Lumpur, 19 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Menara Telekom Malaysia (TM) Berhad, di sini, petang tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Penasihat TM, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dan Naib Presiden Kanan TM One, Puan Shazurawati Abd Karim.

Lawatan tersebut bertujuan mengukuhkan lagi jalinan kolaborasi dua hala antara JSJ dan TM Berhad.

Dalam masa sama, Datuk Seri Ayob Khan telah diberikan taklimat berkaitan pengoperasian Malaysia Emergency Response Service (MERS) 999.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJ Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Suresh Kumar G.Suppiah dan para pegawai kanan polis serta warga TM Berhad.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS