Menu

POSTING PILIHAN: KPN HADIR MAJLIS KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA AGONG DAN PERMAISURI MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke majlis keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhun Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, di Istana Negara pagi tadi.

Turut mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ialah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam majlis tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Abdullah telah memimpin bacaan doa dan laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.

Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berada di Mekah bermula hari ini sehingga 2 Julai depan.

Hadir sama, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Dr. Zulkapli Mohamed dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM.

Sumber: Istana Negara

May be an image of 13 people

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 14 people and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 2 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS