Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: AH LONG DITAHAN DALAM PESAWAT DI SENAI

Johor Bahru, 25 Jun 2023 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan Ah Long dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun itu yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang terbabit.
Menurutnya, penahanan itu susulan daripada tangkapan empat individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan sama sebelum ini.
“Penahanan lelaki itu yang berjaya dikesan berada di dalam sebuah pesawat sebaik tiba di lapangan terbang terbabit dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS