Alor Setar, 28 Jun 2023 -
Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan lapan individu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan baja subsidi dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Jalan Padang Hang, di sini kelmarin.
Kes tangkapan itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (
KPDN) Kedah untuk tindakan lanjut.
Pengarah
Kpdn KEDAH, Encik Affendi Rajini Kanth, berkata pihaknya menerima serahan kes itu daripada PPM Langkawi jam 3 petang kelmarin untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, PPM membuat pemeriksaan dan serbuan terhadap gudang terbabit pada jam 11 pagi kelmarin dan menemui sejumlah 261,060 kilogram baja di premis berkenaan.
“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan.
“Pihak PPM seterusnya bertindak menyita 261,060 kilogram baja, sebuah lori jenis Fuso bernombor pendaftaran tempatan, satu unit mesin jahit, satu unit alat timbang, empat buah "Forklift" dan satu bundel plastik baja yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.
“Enam individu warga tempatan berusia lingkungan 18 tahun hingga 57 tahun dan dua individu bukan warga negara berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.