Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: LAPAN DITAHAN BERGASAK DEKAT PUSAT HIBURAN

Georgetown, 1 Julai 2023 - Lapan individu termasuk wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pergaduhan di jalan raya berhampiran pusat hiburan di sini, yang videonya tular di media sosial.

Mereka ditahan pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah TIMUR LAUT, susulan laporan dibuat lelaki berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, mangsa warga tempatan mendakwa dipukul sekumpulan lelaki di luar pusat hiburan jam 2.15 pagi kelmarin.

“Susulan laporan, kesemua suspek berusia 21 hingga 29 tahun diberkas di tiga lokasi berasingan sekitar Georgetown antara 7.30 malam (semalam) hingga 12.30 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people, slow loris and text
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS