Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN DEKATI RAKYAT, ANGGOTA MELALUI TIKTOK

Kuala Lumpur, 2 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mencipta akaun media sosial TikTok bagi mendekati masyarakat dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akaun dengan nama pengguna @igrazor itu berkongsi aktiviti dilaksanakan beliau dan PDRM.

Tan Sri Razarudin berkata, akaun itu diuruskan oleh Urusetia KPN bertujuan untuk mendekati masyarakat dan berkongsi aktiviti dilaksanakan.

“Selain itu, ia juga bertujuan menjadi medium untuk anggota PDRM melihat program dilaksanakan pasukan keselamatan itu di serata tempat sekali gus.

“Dalam pasukan, ada yang tidak berpeluang bertemu saya. Malah, ada juga yang tidak pernah sampai ke Bukit Aman. Melalui akaun ini, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada masyarakat dan anggota untuk berhubung dengan saya,” katanya.

Mengulas berhubung aduan di platform itu, beliau berkata, orang ramai boleh menyalurkan aduan atau maklumat di platform jabatan yang terkait.

“Jika ingin menyalurkan aduan, pengguna TikTok boleh berbuat demikian dengan menghubungi jabatan yang terbabit selain pelbagai platform jabatan dalam PDRM di laman sosial yang lain," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS