Menu

KPN, ISTERI SAMBUT KEBERANGKATAN PULANG AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG DARI TANAH SUCI


Sepang, 2 Julai 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj selamat berangkat pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, tengah hari tadi.

Turut berangkat pulang dari menunaikan Rukun Islam ke-5 itu ialah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kekanda baginda.

Istiadat menyambut kepulangan baginda berdua bersama rombongan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tadi disertai Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman.

Menyambut sama ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Dato' Hjh. Burhah Mohammed, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali serta Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa baginda berdua mendarat kira-kira jam 12.30 tengah hari dan istiadat disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 9 people and text

May be an image of 9 people, aircraft and text that says '9M-NAB'

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text that says '@HAK MILIK RM'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people, wedding, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 12 people and dais

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 5 people, dais and text

No photo description available.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS