Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP LANCAR: CATAT 18 KEMATIAN PADA HARI KE-4

Kuala Lumpur, 3 Julai 2023 - Hari keempat Op Lancar mencatatkan sebanyak 18 kemalangan maut melibatkan 18 individu di seluruh negara pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, polis merekodkan sebanyak 1,691 kes kemalangan direkodkan pada hari sama.

"Motosikal mencatatkan kemalangan maut tertinggi membabitkan 13 penunggang, pemandu kereta (3), pemandu kenderaan pacuan empat roda (1) dan van (1)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Op Lancar yang diadakan selama lima hari bermula Rabu sehingga semalam sempena perayaan Aidiladha bertujuan memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangka akan berlaku kesesakan melampau.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS