Sepang, 6 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan suri hati, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin selamat pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, hari ini.
Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.20 petang, menaiki pesawat Arab Saudi
Airlines (SV 834) telah disambut dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, ASP Mohd Shah Rizan Samsudin.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Ketua
Polis IPD KLIA, Superintendan Nawi Yunus, para pegawai kanan PDRM serta ahli keluarga Timbalan KPN.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin