Shah Alam, 7 Julai 2023 - Sebanyak 2,000 anggota dan pegawai tambahan akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk membantu memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini berjalan dengan lancar.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kontinjen negeri itu mempunyai kekuatan anggota seramai 14,000 dan daripada jumlah itu 10,000 anggota akan digunakan
untuk tugasan berkaitan PRN.
“Anggota dan pegawai yang selebihnya akan meneruskan tugas hakiki lain seperti menjaga balai dan melakukan rondaan,” katanya pada sidang media sempena persiapan PRN Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata tambahan 2,000 keanggotaan akan diperoleh daripada kontinjen negeri berdekatan dan Ibu pejabat Polis Bukit Aman, kerana lebih mudah diatur gerak bagi membantu perjalanan pelaksanaan PRN itu nanti.