Barat Daya, 11 Julai 2023 - Polis berjaya menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menyerang anjing menggunakan kayu di kawasan semak sehingga menyebabkan kematian haiwan berkenaan.
Ketua Polis
Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar Batu Maung, Pulau Pinang di sini antara jam 11.45
malam 9 Julai hingga 1 pagi 10 Julai.
Menurutnya, kesemua suspek yang bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas direman tiga hari sehingga 12 Julai ini untuk siasatan lanjut.
"Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang mana, jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.