Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Penipuan "Love Scam" antara kategori jenayah penipuan dalam talian yang kerap dilaporkan dengan 7,548 kes membabitkan nilai kerugian lebih RM382 juta dalam tempoh lima tahun ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kajian yang dilakukan jabatan ini turut mendapati, daripada sejumlah 7,548 kes yang direkodkan, 82.8 peratus
atau 6,257 mangsa adalah wanita.
Menurutnya, manakala bakinya iaitu 1,297 kes membabitkan mangsa lelaki di mana mungkin lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan.
"Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa ini masih bujang dan ibu tunggal hanya kerana disebabkan cinta.
"Ada kes yang menjadi mangsa sehingga ditipu RM12 juta selepas mangsa mempercayai suspek namun polis percaya trend penipuan ini akan menurun menerusi kempen yang dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Trailer Filem Kesedaran Anti-Scam Oppa, di KL Welness City, di sini, hari ini.