Menu

POSTING PILIHAN: KP KUALA LUMPUR 'BUTAKAN MATA' DEMI UJI HALANGAN TERHADAP OKU PENGLIHATAN SEKITAR BRICKFIELDS

Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Demi menyelami kesulitan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya golongan cacat penglihatan atau buta, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain, bersama beberapa pegawainya, menguji sendiri laluan pejalan kaki dalam keadaan mata ditutup di sekitar Jalan Thambipillay dekat Brickfields hari ini.

Ketika tinjauan itu, Dato’ Mohd Shuhaily bersama Pemangku Timbalan KP Kuala Lumpur, SAC Habibi Hj. Majinji bersama pegawai kanan lain dengan menggunakan tongkat cuba berjalan melalui laluan “tactiles” yang digunakan OKU penglihatan.

Berkongsi pengalaman selepas tinjauan itu, Dato’ Mohd Shuhaily meminta masyarakat sekitar ibu kota supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan menghormati kemudahan yang disediakan untuk kegunaan golongan istimewa ini.

"Apa yang saya dapati ketika tinjauan ini, masih ada pihak mementingkan diri sendiri apabila menghalang laluan yang dikhaskan kepada golongan OKU ini secara meletakkan kenderaan di situ.

"Cuba bayangkan apabila motosikal dalam keadaan ekzos yang masih panas, diletakkan di tempat laluan orang buta dan ini akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan walaupun kenderaan itu diletakkan untuk tempoh seketika, namun ia menyebabkan kesukaran kepada OKU penglihatan.

"Bayangkan, sekiranya keadaan ini dialami ahli keluarga, saudara kita sendiri yang mungkin terdiri dari golongan OKU penglihatan, adakah kita masih sanggup menghalang kemudahan yang disediakan kepada mereka," katanya.

Dato’ Mohd Shuhaily berharap pengguna jalan raya khasnya di sekitar Kuala Lumpur dapat mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya dengan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan serta tidak menghalang laluan pejalan kaki dan laluan kemudahan khas bagi golongan OKU penglihatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../ketua-polis-kl-butakan...


May be an image of 4 people, segway, scooter, motorcycle, street, road and text

May be an image of 8 people, crowd and text

May be an image of 4 people and street

May be an image of 2 people, street and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 10 people

May be an image of 10 people and text that says 'WELCOME Hostel Conference Rooms 24hour Park Sports Facilities Youth Recreation Child Development Deaf Work Citizens Education Martial Arts Café Launderette Haird sing Salon ksmith Opennow LOVEGTYCAFE'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 12 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS