Kota Bharu, 17 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berusaha menyelesaikan siasatan terhadap kes berkaitan kesalahan pilihan raya, ketika proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung 12 Ogos ini, dalam tempoh tujuh hari.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan segera akan dilakukan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
negeri masing-masing.
Katanya, polis juga akan mewujudkan pasukan rondaan Op Cantas untuk melaksanakan rondaan sepanjang tempoh berkempen.
“Saya mengingatkan semua pihak tidak melakukan sebarang insiden atau kesalahan sama ada membakar bendera parti atau sebagainya sepanjang tempoh berkempen berlangsung.
“Mereka yang terbabit dengan sebarang kesalahan pilihan raya akan didakwa di mahkamah secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat berhubung (PRN) kepada
Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.