Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PAKAR JUGA PERNAH JADI MANGSA PENIPUAN

Penularan pandemik dan peningkatan penggunaan media sosial memburukkan lagi kegiatan penipuan dalam talian yang hingga kini tidak ada tanda-tanda akan berkurangan, meskipun pelbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa bagi meningkatkan kesedaran umum tentang jenayah itu.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM yang dikongsikan dengan BERNAMA, jumlah kerugian akibat kegiatan itu yang merangkumi penipuan jualan, pinjaman, pelaburan, telefon serta cinta, meningkat ketara dalam tempoh tiga tahun sejak 2020.

Menurut jabatan itu, pada 2022, rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM650,329,897 berbanding RM509,881,921.13 pada tahun sebelumnya dan RM503,883,501.06 pada 2020.

Sementara itu, laporan berita memetik Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Salim Fateh sebagai berkata, jumlah kes kekal tinggi, iaitu kira-kira 12,000 bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Kajian yang dijalankan oleh Milieu Insight, firma penyelidikan pasaran dan analisis data Asia Tenggara, membabitkan 2,500 responden di lima buah negara termasuk Malaysia, mendapati hampir separuh rakyat di negara ini pernah disemu daya (tipu daya).

Bacaan lanjut adalah seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
May be an image of 1 person and text that says 'Bernama KAEDAH PENIPUAN MAKIN CANGGIH, TELITI Kuala Lumpur pandemik Pakar juga pernah jadi mangsa penipuan ti-hati dalam interaksi gbai nernah TCIeKA dari- lamatan pertama mtaluir ebahagian Onerasis sukar'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS